Terma dan Syarat Pendaftaran & Pengajian MTKT

  1. Penerimaan Pelajar

Semua pelajar yang diterima masuk ke MTKT tertakluk kepada:

  • Peraturan disiplin madrasah
  • Garis panduan pakaian dan akhlak
  • Polisi kehadiran dan jadual pembelajaran
  1. Kehadiran
  • Pelajar wajib mematuhi jadual rasmi madrasah.
  • Tidak dibenarkan keluar kawasan tanpa kebenaran.
  • Cuti hanya dibenarkan atas sebab munasabah dan kelulusan pihak pentadbiran.
  1. Disiplin & Tingkah Laku

Pelajar wajib:

  • Menghormati guru dan rakan
  • Menjaga adab dan akhlak
  • Tidak membawa telefon bimbit atau bahan terlarang
  • Tidak terlibat dalam sebarang salah laku disiplin

MTKT berhak mengambil tindakan disiplin termasuk amaran, denda, penggantungan atau penamatan pengajian.

  1. Yuran & Bayaran
  • Yuran hendaklah dibayar mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Kegagalan membayar yuran boleh menyebabkan tindakan pentadbiran.
  1. Liabiliti

Pihak madrasah tidak bertanggungjawab terhadap:

  • Kehilangan barang peribadi pelajar
  • Kemalangan akibat pelanggaran peraturan sekolah
  1. Pindaan Polisi

MTKT berhak meminda terma dan syarat dari semasa ke semasa tanpa notis awal.